Sekadar ingin berkongsi info dan tips tentang implikasi dengan situasi pemanasan cuaca yang dihadapi dunia sekarang.
Sumber dari : infosihat.gov.my
DEHIDRASI
Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel. Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Dalam bahasa Malaysia secara umumnya, ia boleh dimaksudkan sebagai kekontangan. Badan kita boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. Antaranya ialah:
*Ketika membuang air kecil.
*Semasa muntah atau mengalami cirit-birit.
*Ketika berpeluh.
*Melalui paru-paru semasa bernafas.
Jika badan kehilangan sejumlah besar cecair dan garam dan tidak digantikan dengan segera seperti meminum air, badan akan kekeringan atau kekontangan. Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi, golongan yang paling mudah mengalami masalah ini ialah:
*Bayi yang berumur di bawah 1 tahun.
*Warga tua.
*Mereka yang mengalami demam.
*Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas.
Dan Lagi info di http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/Dehidrasi.php